Temerloh- Kepimpinan UMNO Temerloh bersama Kepimpinan Pemuda UMNO Negeri Pahang, kepimpinan Belia 4B Pahang dan NGO NGO sekitar daerah termerloh hari ini membuat demotrasi bantahan ke atas seorang pemimpin DAP yang menyuap kangkung ke patung yang mirip Perdana Menteri iaitu ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon a jelas satu penghinaan yang tidak boleh di pupuk di negara yang bertamadun dan sentiasa menghormati antara agama dan kaum di Malaysia, kata wakil demotrasi tersebut.

Pihak Demotrasi juga memohon agar isu ini tidak di gunakan sebagai salah satu cara untuk mencetuskan suasana yang yang buruk di dalam negara, cukuplah dengan perhimpunan BERSIH yang telah di lakukan yang selama ini tidak mendatangkan sebarang pekara positif.

Ketua Pemuda Negeri Pahang juga menambah pekara ini akan mengundangkan kemarahan di kalangan Khususnya masyarakat Melayu khasnya ahli UMNO kerana seolah menghina pemimpin
Melayu kerana ia di lakukan oleh seorang kaum Cina.

Beliau juga berharap pihak pembangkang jangan cuba mengganggu kerajaan hari ini untuk membuat kerja kepada rakyat, dan cukuplah rakyat telah memberi mandat kepada setiap Pilihanraya dan hormatilah sistem demokrasi berpelembagaan yang selama ini kita hormati.

0 comments:

Post a Comment

 
Top