
Gambar yang sungguh mengerikan menunjukkan seorang lelaki Afrika yang dikenali sebagai “mad dog” memakan daging lelaki Islam yang dibunuh kejam.
Nama sebenar ‘Mad Dog’, Oundja Maglore telah memotong sebahagian
daging dari tubuh mayat lelaki Islam itu yang diseret dan dibakar di
bulatan jalan Ibu Negara Republik Afrika Tengah. Tidak cukup dengan itu,
dia memamah daging tersebut sambil menjilat pisaunya yang penuh dengan
darah.


Mad Dog bertindak demikian kerana janjinya yang mahu membalas
dendam atas pembunuhan isterinya yang sedang hamil, kakak ipar dan
anaknya.
Lelaki Islam yang malang itu diekori ketika menaiki bas. Seramai 20
lelaki Kristian memaksa pemandu bas berhenti dan menarik lelaki itu dan
kemudiannya dibunuh dengan kejam.Menurut The Associated Press, kumpulan
itu bertindak sedemikian untuk membalas dendam atas pembunuhan seorang
pemandu teksi yang berlaku sehari lebih awal.


Permusuhan antara agama di negara itu semakin berlarutan sejak
bulan lalu apabila Presiden Michel Djotodia, muslim pertama memerintah
di negara yang mempunyai majoriti penduduk Kristian meletak jawatan. -Dailymail.co.uk
0 comments:
Post a Comment