Biro Hal Ehwal Islam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)
setakat ini tidak nampak ketegasan dan juga ketelusan YAB Perdana
Menteri selaku Presiden UMNO bersama Ahli-Ahli Majlis Kerja Teringgi
(MKT) UMNO untuk mempertahan kesucian Kalimah Allah daripada dihina dan
diperolok-olokkan oleh pihak Gereja Khatolik dan juga Paderi Lawrence
Andrew yg mencabar titah Sultan Selangor.
Sebagai Presiden Umno
yg merupakan Parti terbesar dan berpengaruh berbanding dengan PAS,
sepatutnya Presiden dan MKT UMNO mesti berani membuat penegasan bahawa
semua Gereja dan Paderi Khatolik di negara ini supaya mesti akur dan
menghormati keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2013 yang
memutuskan Kalimah Allah hanya eksklusif untuk umat Islam dan The Herald
tidak dibenarkan menerbitkan tulisannya dgn menggunakan kalimah Allah.
Tiada satu pun kecaman di buat oleh pihak MKT UMNO yg bermesyurat ptg
tadi dibuat terhadap pihak-pihak yang terus pertikaikan keputusan
Mahkamah Rayuan.
Begitu juga terhadap mereka yang pertikaikan
Titah Yang Dipertuan Agong bahawa kalimah Allah adalah esklusif untuk
umat Islam. Apakah MKT UMNO juga tidak bersetuju dengan Titah Seri
Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu lain yang
pernah bertitah sedemikian?
YAB PM juga perlu menghormati titah
Seri Paduka Baginda YDP agong yg merupakan ketua agama Islam. YAB PM
tidak patut mempertikaikan titah SPB YDP Agong sebagai Ketua agama Islam
mengenai Kalimah Allah hanya utk negeri kedah sahaja. Sekiranya YAB PM
tidak menghormati SPB YDP Agong, ini akan membuka ruang kepada rakyat
jelata untuk menderhaka kepada DYMM Raja-Raja dan SPB YDP Agong.
10 Perkara yg telah dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri dalam suratnya
seperti dihebohkan oleh Yb Dato Idris Jala berkenaan pengedaran bible
bahasa melayu yang dibenarkan utk edaran sabah dan sarawak adalah tiada
kaitan dgn kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan bible
dalam bahasa melayu.
Surat berkenaan bukannya membenar
penggunaan kalimah Allah dalam bible, tetapi lebih bersifat umum yg
membenarkan penerbitan bible dalam bahasa melayu sahaja.
Ini
bermakna soal membenarkan bible dalam bahasa melayu dan juga soal
penggunaan Kalimah Allah bagi menterjemah God dalam The Herald dan bible
bahasa melayu adalah dua perkara yang amat berbeza.
Menerbitkan bible dalam bahasa melayu tidak menjadi halangan dan bukan
perkara pokok dalam Keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Tahun 2008 dan
juga keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan pada 14 Okt 2013.
Isu pokok adalah merterjemahkan 'GOD' kpd Allah dan menggunakan kalimah
Allah bagi merujuk kpd God ataupun Lord dalam versi asal bible bahasa
Inggeris.
Adakah YAB Perdana Menteri faham tentang isu pokok ini?
Justeru, kami dari Biro Hal Ehwal Islam Perkasa menggesa YAB Perdana
Menteri selaku Presiden UMNO supaya jangan mengambil mudah membuat
ketetapan mengenai isu kalimah Allah ni dalam Mesyuarat MT UMNO.
Dato Sri Najib wajib memanggil para alim ulama samada Ahli Majlis Fatwa
Kebangsaan dan juga golongan ulama terkemuka dunia untuk mendapatkan
penjelasan mengenai isu pokok yang bersangkutan dengan soal aqidah ini.
Kami mahu isu ini diselesaikan oleh Majlis Raja-Raja Melayu seperti yg
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Fasal 38 (2), (b) Berkenaan
fungsi Majlis Raja-Raja: 'Majlis Raja-Raja hendaklah menjalankan
fungsinya bagi mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa
perbuatan, amalan atau upacara agama diperluaskan ke Persekutuan secara
menyeluruh'.
Ini bermakna bahawa Majlis Raja-Raja boleh
menyekat dan menghalang apa-apa upacara agama seperti yang dicabar oleh
Paderi Lawrence Andrew untuk menggunakan Kalimah Allah di seluruh gereja
di selangor dalam setiap upacara keagamaan roman khatolik.
YAB Perdana tak perlu merujuk kepada Yb Idris Jala semata mata untuk ambik hati dan jaga politik di Sabah dan Sarawak.
USTAZ SHAMSUDDIN BIN MONER Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa Malaysia.
0 comments:
Post a Comment