Dari harian online...ALOR SETAR: Polis menahan dua lelaki dipercayai suspek kes bunuh tiga beradik yang ditemui mati di dua lokasi berasingan di sini, masing-masing pada 30 November dan 1 Disember lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua remaja berusia 18 dan 19 tahun masing-masing jam 5 petang dan 11 malam tadi di sekitar Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini.
Kedua-dua suspek pagi tadi dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk tahanan reman.
Sementara itu, polis mendapat perintah tahanan reman kedua-dua suspek selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan polis.
Mayat tiga beradik iaitu, Nor Syafikah Nadia ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong di sini pukul 3.45 petang, 30 November lalu selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna, 12, kira-kira pukul 7.30 malam 29November.
Lebih menyayat hati, mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula ditemui kira-kira pukul 4.50 petang 1 Disember di dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar, kira-kira 3.5 kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.
Walaupun mereka ditemui lemas, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh.
Terjawab..
AsSalam Dato/Tuan:
update Langgar Rpt :****/13 (kes bunuh tiga beradik) :-
Tangkapan telah dibu at thdp (2) (L) (M) pada 15/01/2014 iaitu:
(B1) mohd firdaus b. Mohd faridul, kpt: *** Alamat KM6 jln dato kumbar
B2) muhammad hazziem b. Roslan, kpt: ***** Alamat no ** bt4 jln datuk kumbar
Siasatan awal mendapati:
Kronologi kes spt berikut:
1. 29/11/2013 jam lebih kurang 9.30 malam (B1) Firdaus telah minta (B2) Hazziem pujuk 3 beradik (mangsa) utk ikut sekali meronda ronda. Kejadian ini bermula di kedai runcit mamak lebih kurang 200 meter dr rumah mangsa.
2. Motosikal mangsa diparking dekat bus stand kg gelam atas permintaan B1. Kemudian mangsa sulung naik moto B1 manakala mangsa kedua dan bongsu naik moto dgn B2.
3. Mereka meronda sehingga sampai ke satu rumah kosong di kg gelam. B1 ajak mangsa sulung ke dlm rumah dan cuba rogol tetapi tak berjaya manakala B2 menjaga mangsa kedua dan mangsa bongsu di luar rumah.
4. B1 kemudian bawa mangsa sulung yg hanya pakai seluar dlm dan coli naik motosikal ke lokasi mayat pertama dijumpa. Manakala B2 bersama kedua dua adik masih mengekori di belakang B1 dan mangsa sulung...
5. Mangsa sulung cuba larikan diri dan dibunuh oleh B1....semasa ini B2 takut lalu tinggalkan kedua dua adik mangsa di lokasi mayat pertama dijumpa dan lari dari sana..
6. B1 kemudian telah bawa kedua dua adik ke lokasi mayat dijumpa dan tolak kedua dua adik dlm sungai....
7. Kamera milik mangsa telah dijual kepada satu tokan dgn harga rm 100 pd malam tu juga selepas membunuh ketiga tiga mangsa.
Kes bermotifkan cubaan utk rogol.
Kes bunuh tiga beradik di kedah...misteri terjawab.
Terima kasih info dari kawan kawan...
0 comments:
Post a Comment