
Buat kali pertama kali pertama dalam sejarah sukan di Malaysia mungkin di dunia sebuah pasukan bola sepak bersumpah di hadapan Al-Quran bagi membuktikan kebenaran dalamsatu insiden bolasepak di antara 2 pasukan iaitu T-Team dan JDT I
Hal ini perlaku apabila tercetus sedikit perbalahan dan mungkin pergaduhan antara kedua pasukan - di sini ada sedikit kronologi .
JDT mendahului 2-1 pada separuh masa pertama Perlawanan JDT menentang T-Team Piala FA 1 februari lepas.
Stefano Impaguazzo, Jurulatih Kecergasan pasukan T-Team telah membuat provokasi dengan Cesar Fernando Giminez, Ketua Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim sebaik wisel separuh masa dibunyikan.
Pemain import T-Team, Evaldo Rodrigues, meluru masuk menuju terus ke hadapan muka Cesar Fernando Giminez dengan memarahi Cesar dan berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik persalinan.
Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dikatakan dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama.
Perlawanan Perlawanan JDT Vs T-Team terpaksa ditangguhkan kerana pasukan T-Team telah membuat keputusan pulang awal sebelum perlawanan pada masa kedua dimulakan atas faktor keselamatan.
Bahagian pengurusan tertinggi T-Team mengemukakan laporan penuh berhubung kejadian itu serta mengarahkan mangsa membuat pemeriksaan kesihatan.
Ketua jurulatih T-Team, Mohd Azraai Khor Abdullah menggesa FAM supaya memindahkan Perlawanan JDT Vs T-Team ulangan itu ke gelanggang berkecuali bagi mengelakkan insiden yang sama berulang.
FAM membuat keputusan di luar jangkaan apabila memberikan kemenangan 3-0 kepada JDT.
Pengurusan T-Team kecewa dengan keputusan itu dan Presiden PBSNT meminta pemain-pemain T-Team bersumpah di hadapan Al-Quran untuk membuktikan kebenaran.
Majlis Angkat Sumpah Pengurusan dan Pemian T-Team
Persoalannya bolehkah sumpah ini di lakukan?
0 comments:
Post a Comment