Apabila
kita membeli laptop, setiap penjual akan memberitahu tentang kelebihan
setiap laptop yang dijual. Spesifikasi, kelajuan processor, memori yang
pantas, kapasiti cakera keras yang besar, pemproses grafik yang boleh
menjana visual realistik, saiz paparan skrin dan lain-lain lagi
ciri-ciri yang digunakan sebagai poin jualan.
Hampir
tiada seorang pun daripada penjual laptop ini akan memberitahu anda
bagaimana hendak menjaga laptop dengan betul. Apa yang menjadi motivasi
mereka adalah stok laptop yang bertingkat-tingkat itu mesti terjual.
Hakikatnya,
laptop yang anda sedang gunakan sekarang adalah sangat
penting. Melayari internet, urusan perniagaan, kerja kerja pejabat,
kerja kerja grafik, bermain permainan video, media sosial, pengkalan
data, dan panggilan video boleh dilakukan dengan laptop anda.
Tidak
seperti kereta yang anda guna seharian, anda akan hantar servis ke
bengkel kereta setiap 5000km untuk menukar minyak hitam dan penapis
minyaknya. Sedangkan kereta yang anda gunakan cuma berkemampuan untuk:
- Membawa anda dari poin A ke poin B
- Angkat barang selagi muat
Jadi, kelebihan laptop lebih banyak, kenapa anda tidak menjaganya sebaik mungkin?
Saya
berasa amat bertanggungjawab untuk berkongsi rahsia yang semua kedai
komputer ingin rahsiakan dari anda. Laptop yang tidak berjaga adalah
laptop yang akan rosak. Bila rosak wajib dibaiki, bila baiki jawapannya
wang.
Kedai Komputer Gembira, Pengguna Sengsara
Untuk
berkongsi semua tips penjagaan laptop dalam satu artikel adalah sesuatu
yang mustahil, saya akan ungkaikan rahsia ini satu persatu setiap siri
nanti.
Tips 1 – Cuci Kipas laptop dan tukar ‘thermal paste’ baru setiap 6 bulan.
Selama 5 tahun dalam dunia pembaikan laptop, 80% dari laptop yang rosak adalah disebabkan masalah motherboard
Dari masalah motherboard 7% darinya berpunca dari kecuaian manusia seperti tertumpah cecair dan terjatuh
Lagi 93% dari kerosakan motherboard ini berpunca dari tidak servis laptop
Apa Itu Servis Laptop?
Servis
laptop adalah dimana laptop akan dibuka dan habuk yang berkumpul di
kipas laptop akan dibersihkan. Thermal paste baru akan digantikan
Mengapa Ia Perlu Dilakukan?
Seperti
juga kereta, laptop mempunyai komponen yang bergerak, komponen yang
bergerak memerlukan sistem penyejukan. Komponen seperti processor dan
pemproses grafik menjana haba yang sangat tinggi sehingga boleh mencecah
100 darjah C
Sistem
penyejukan yang membantu menyejukkan komponen ini adalah kipas yang
bersambung dengan besi tembaga. Besi tembaga ini akan bersentuh melalui
thermal paste dengan komponen komponen panas ini.
Kipas
yang menjadi sistem penyejukan ini, lama kelamaan akan memerangkap
habuk. Jika anda tinggal di persekitaran yang ada karpet atau berhabuk,
habuk akan lebih cepat terkumpul di kipas ini.
Apabila
habuk-habuk ini berkumpul, sistem menjadi tidak efisien kerana ianya
menghalang udara panas dari keluar. Apabila ianya tidak efisien,
komponen penting seperti processor dan pemproses grafik ini akan rosak
kerana terlebih panas (overheating).
Apabila
ini berlaku, kos membaikinya lebih kurang membeli laptop baru. Sebagai
contoh kos untuk tukar motherboard brand Acer sahaja mencecah RM700.
(sumber Highpoint) manakala untuk motherboard Apple Macbook Pro adalah
RM2000 (iMac city)
Apakah Thermal Paste?
Thermal
paste adalah selapis bahan yang mengalirkan haba sangat baik yang
letaknya diantara komponen panas ini dan sistem penyejukan.
Lama
kelamaan, thermal paste ini akan keras dan tidak mengalirkan haba
dengan baik. Ianya juga perlu ditukar. Tujuan servis laptop ini adalah
untuk menjamin sistem penyejukan yang efisien dan optimum sepanjang
masa.
Di Mana Boleh Servis Laptop?
Untuk servis laptop anda digalakkan untuk menghantar laptop kepada pakar yang berhampiran dengan anda.
Ini
adalah kerana untuk mencuci laptop, anda perlu buka seluruh badan
laptop dan besar kemungkinan akan terjadi insiden tikus membaiki labu.
Komponen komponen di dal am laptop juga amat sensitif kepada elektrostatik.
Bila Waktu Sesuai Servis Laptop?
Anda
dinasihatkan untuk servis laptop anda setiap 6 bulan sekali. Jika anda
merasakan laptop anda cepat panas, contohnya jika anda boleh rasakan
haba di tapak tangan anda ketika menggunakan laptop, segeralah hantar ke
kedai komputer berhampiran untuk diservis.
Jika persekitaran anda berhabuk, anda harus melakukannya dengan lebih kerap.
Kesimpulan
- Servis laptop adalah langkah pertama untuk memanjangkan usia laptop anda.
- Haba adalah musuh utama laptop.
- Pastikan anda servis laptop anda sekurang kurangnya 6 bulan sekali.
- Hantar laptop pada yang pakar sahaja.
- Laptop yang dijaga dengan baik adalah laptop yang akan menggembirakan tuannya.
sumsber
0 comments:
Post a Comment