Di bandar Kuantan dan Indera Mahkota kini sudah menjadi umpama satu fenomena dengan kehadiran beberapa usaha yang menarik dan berpatutan kepada peluang peniaga peniaga kecil khasnya orang Melayu yang di lakukan oleh Kelab Anak Indera Mahkota dalam tempoh 3 bulan ini
Dalam perjumpaan PK dengan Pengerusi kelab tersebut dan beliau juga selaku Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota iaitu Saudara Muhammad Faiz dalam kenyataan beliau, program sebegini perlu lebih giat di adakan dalam membantu anak muda Melayu yang tiada ruang untuk memulakan perniagaan beliau amat berharap usaha usaha ini akan di sambut oleh peniaga peniaga kecil sebagai satu lonjakan mungkin dalam membina empayar peniaga Melayu yang lebih besar, beliau juga amat berterima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Pahang dan beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Majlis Perbandaran Kuantan, pihak UTC, pihak Jabatan Penerangan dan pelbagai agensi lain yang terus memberi sokongan dalam beliau membantu peniaga muda Melayu yang cukup memerlukan peluang perniagaan seperti ini . Dalam perancangan beliau banyak lagi ruang yang boleh di buat dalam menjana ekonomi anak muda beberapa kertas cadangan dan perbincangan giat di jalankan di samping membantu peniaga ia juga akan dapat membantu masyarakat setempat dalam mendapatkan barangan yang murah namun mempunyai kualiti tersendiri .
0 comments:
Post a Comment