PAS di Parlimen Indera Mahkota khasnya di sskitar Dun Beserah di lihat "MENGAMUK" telah menawan kawasan kawasan penting dalam memasang bendera. Manakala BN Indera Mahkota di lihat perlahan dalam menggempur sekitar Dun Beserah dan Parlimen Indera Mahkota. PARTI AMANAH yang mewakili Pakatan Harapan di Dun Beserah di lihat seperti terkapai kapai dalam mencari jentera untuk menawan Dun Beserah dalam memasang Bendera Parti yang bakal bertanding.

Walaupun pekara ini di lihat sebagai kosmetik dalam meraih sokongan rakyat ia juga merupakan motivasi atau penunjuk kekuatan dalam menghadapi PRU ke 14 pada 9 Mei 2018 nanti.

Berkenaan dengan calon pula, PAS yang meletakkan calon yang cukup kuat iaitu bekas Ahli Parlimen Temerloh, Nasaruddin Tantawi dan PH akan meletakkan calon PKR, Saifuddin Abdullah yang juga pernah bertanding di Parlimen Temerloh semasa itu wakil BN memperlihatkan kedua dua ini menganggap kerusi di P082 Indera Mahkota hak kekal kepada pembangkang yang tidak akan dapat di tembusi oleh wakil BN, wakil BN masih lagi menjadi tanda tanya, ada khabar angin kerusi ini akan di beri oleh orang Kuantan , namun begitu wakil tersebut amat rapat dan di kenali oleh pengundi Indera Mahkota, antara calon lain di sebut adalah di kalangan kepimpinan dan ahli UMNO INDERA MAHKOTA.

DUN BESERAH pula Andasura akan kekal untuk mempertahan jawatan, dan akan bertempung denga  wakil dari parti Amanah mewakili Pakatan Harapan iaitu Zulkifli mana kala BN masih lagi menjadi tanda tanya namun begitu ramai berpendapat anak tempatan BESERAH perlu di beri ruang untuk mewakili BN pada kali ini kerana calon calon yang bertanding bukan anak asal BESERAH, jika pemilihan calon Beserah berdasarkan Anak Tempatan kemungkinan pengundi di Dun Beserah yang kebanyakannya mempunyai pertalian darah akan beralih memberi sokongan kepada "anak beranak" mereka, kerana pada kali terakhir calon di kalangan orang Dun Beserah sendiri pada tahun 80 an iaitu Allahyarham  Cikgu Latifah.

DUN SEMAMBU di lihat sengit juga kerana pertembungan antara calon BN (tidak pasti calon dan kepada komponen mana) dan PAS dan PKR sebagai wakil Pakatan Harapan.

Bagi PAHANGKINI.., pertembungan di P082 N12 dan N13 adalah perlawanan yang seimbang dan 50 50 untuk semua Parti yang bertanding.

0 comments:

Post a Comment

 
Top