KUANTAN 12 Feb, bertempat di Dewan SUKPA yg serba indah berlangsung majlis penyerahan bantuan wang ehsan untuk mangsa banjir di Daerah Kuantan yang bermula dari 11 Feb hingga 13 Feb 2013.
Apa yang CK nak utarakan disini adalah kekesalan dan terkilan serta sedih dengan sikap sambil lewa Majlis Keselamatan Negara yang CK katakan tidak menjalankan kerja dengan sebaik mungkin.Kenapa CK kata begitu??
Dari semalam lagi CK mendapat rungutan dari ramai yang sepatutnya dapat bantuan ini tetapi tdk menerima notis dan ada diantaranya tiada nama langsung.Jadi apa jawapan pihak JKM bila ditanya?CK terus menghubungi pihak JKM dan memohon penjelasan dan ini jawapannya dimana nama2 mangsa banjir yg berpindah telah dihantar ke MKN dan MKN yg membuat saringan untuk pembahagian.Nak saring apa lagi kerana dah tentu2 yang ada surat daftar JKM adalah mangsa banjir yang berpindah.Alasan juga dinyatakan ada diantara mangsa sampai 5 atau 6 keluarga pada alamat yg sama.CK nak beritahulah kat geng2 MKN ni turunlah buat siasatan…tengoklah kat kampung2 ni…satu bidang tanah kadang2 sampai 7 hingga 8 keluarga pun ada dengan rumah lain2.So nampak sangat MKN mmg tak turun padang membuat siasatan.Kalau tak sempat turun pun kan boleh hubungi tok 4 untuk pengesahan.
CK merasa amat sedih dengan sistem macam ini dimana yang tercicir nama ini seolah2 menjadi macam peminta sedekah diatas hak yang perlu mereka dapat dimana perlu pula buat rayuan dan angkat sumpah serta isi borang SPRM…Apa cerita ini semua??
CK amat kesian dengan kepimpinan Negara dan Negeri yg CK rasa memang terbaik setakat ini dalam membantu rakyat tetapi sikap dan kerja sesetengah penjawat awam membuat rakyat jadi marah dan menyampah.
CK memohon sangat2 kepada kepimpinan Negeri dibawah YAB DSDR Hj Adnan b Yaakob menyiasat perkara ini dan berharap ianya tidak berulang pada masa depan.Kerana yang ruginya Kerajaan kerana perkara2 ini akan membuat masyarakat membenci mereka.
#tok4 juga sepatutnya memain peranan yang besar dalam hal ini…maaf CK mohon jika ada yang tersinggung…CK buat untuk kebaikan semua….
Betul dah tu kata CK... puziah mari buka meja... konon bg bantuan.. apa lah mudah sangat dia ambil hati rakyat.... kerajaan yang bagi ruang... atau sengaja membuka ruang...
Sumber
http://cheratingkini.files.wordpress.com/2014/02/wpid-img-20140211-wa0003.jpg
0 comments:
Post a Comment