Alhamdulillah akhirnya mereka
diselamatkan setelah 2 minggu melarat dan tidur kesejukan dan pihak
baitulmal jangan merasa cepat puas hati pula kerana banyak lagi kes
tersembunyi dan harus diselak dan dicari sampai dapat dan badget tahunan
mesti habiskan kepada golongan sasar dengan apa cara sekalipun. Kerja
amal ni tidak akan merugikan kitaran wang negara kita.
Kuala Lumpur: Kesengsaraan sepasang suami isteri bersama empat anaknya termasuk seorang Orang Kelainan Upaya yang hidup melarat di kaki lima berhampiran Medan Pasar, dekat sini, sejak dua minggu lalu berakhir apabila dibantu Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), kira-kira jam 11.30 malam tadi lapor Mymetro.Penderitaan pasangan berusia 20 dan 40-an itu mendapat perhatian Pertubuhan Menangani Masalah Sosial Malaysia (UNGGAS) apabila mereka dan semua anak berusia lima hingga 10 tahun ditemui tidur di atas bangku simen dan lantai dengan hanya beralaskan surat khabar.Harian Metro difahamkan, mereka hidup gelandangan selepas diarahkan keluar oleh pemilik rumah kerana gagal menjelaskan sewa di sekitar Selangor.
Kesan langsung polisi gaji minimum yg
gagal dikuasakan sejak sekian lama kerana mahu menarik pelaburan asing
agar kaya maka rakyat menjadi mangsa tersembunyi. Polisi buruh serta
polisi anti monopoli harus diubah selari dengan perubahan nasib bangsa –
MRM
Justeru, menerusi hasil maklumat, Baitulmal melalui Skuad Jejak Asnaf diketuai Pengurus Bahagiannya Mohd Nizam Yahya turun padang meninjau dan mendapati enam beranak itu masih ‘menghuni’ di lokasi berkenaan.
Keluarga itu kemudian dibawa
menginap sementara di hotel sebelum diberikan bantuan susulan terutama
berkaitan sewaan rumah setiap bulan yang akan diuruskan sepenuhnya oleh
Baitulmal.
0 comments:
Post a Comment