Tajuk ini tidak mengejutkan rakyat khasnya 
ahli ahli UMNO, sememangnya sekarang UMNO di telan kiri kanan depan dan belakang oleh TDM, dan maksud tekanan tersebut adalah untuk melemahkan Kepimpinan UMNO dan ahli UMNO untuk bersama dengan Bersatu.

Dilihat dari tekanan tersebut menyebabkan ahli UMNO sendiri semakin kurang pasti dengan hala tuju perjuangan UMNO itu sendiri. Ada khabar angin UMNO akan bersama DSAI bersama dengan PKR dan ada khabar angin UMNO akan bersama TDM dalam Bersatu, khabar angin ini menyebabkan ahli di peringkat bawah menjadi pening dengan andaian andaian yang di buat.

Namun admin percaya majoriti ahli UMNO mahukan pendirian tetap UMNO untuk tidak bersama dengan sesiapa terus istiqomah dalam perjuangan UMNO, kerana UMNO masih lagi releven dengan rakyat Malaysia dan masih ramai lagi menyokong perjuanga  UMNO.
Kepada pemimpin UMNO yang " panas buntut" boleh la keluar dari UMNO dan tinggal kan kerusi yang mereka peroleh kerana sokongan dan sumbangan Ahli UMNO.

Jika Kepimpinan masih berdegil mahu menjalinkan hubungan dengan kerajaan sekarang rata rata ahli di peringkat bawah akan tidak berparti dari mereka bersama dengan tidak jujur dalam perjuangan.
Namun ini adalah pandangan peribadi Admin  setelah melihat perjalanan UMNO dan bersama dengan kepimpinan di peringkat Cawangan dan Bahagian UMNO pandangan yang mereka lontar boleh la di umpamakan - LEBIH RELA MATI DARI BERSAMA DENGAN PENGKHIANAT BANGSA.

0 comments:

Post a Comment

 
Top