Tahniah kepada Majlis Tertinggi UMNO yang telah membuat keputusan berani dan tegas untuk terus menyokong kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO.

Sebagai sebuah parti pembangkang kita harus mempertahankan bahawa seseorang itu tidak bersalah sebelum diputuskan oleh sistem kehakiman.

Pemuda UMNO Titiwangsa percaya keputusan MT sebentar tadi menunjukkan UMNO telah keluar dari belengu psikologi akibat kekalahan dalam pilihan raya umum lalu. Ini adalah semangat yang diperlukan untuk terus menjadi pembangkang yang konstruktif.

Suatu hari nanti rakyat akan menilai kesungguhan dan iltizam UMNO dalam memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara ini.

Saya juga ingin menzahirkan ucapan "TAKZIAH" kepada agenda segerombolan kecil pemimpin UMNO termasuk yang kalah dalam pilihan raya lalu untuk menggulingkan Presiden.

Adalah mendukacitakan kumpulan ini yang terdiri dari beberapa orang ahli Majlis Tertinggi dan calon yang kalah dalam pemilihan lalu berusaha menghasut ahli akar umbi bagi memaksa Presiden berundur @ berehat..

Ada antara mereka yang telah kalah dalam pilihan raya lalu, telah kalah dalam pemilihan UMNO tetapi masih diberi peluang oleh Ahmad Zahid untuk memegang jawatan lantikan. Menyedihkan beliau telah memilih untuk menikam Presiden dari belakang.

Lebih aneh ada juga ahli kumpulan ini berada dalam mesyuarat MT tetapi tidak berkata apa-apa. Mengapa sibuk menghasut di belakang tetapi langsung tidak bersuara di dalam mesyuarat?

Jangan lagi ada cakap-cakap menghasut di luar mesyuarat. Jika takut bercakap dalam mesyuarat tapi sibuk mengadu domba di luar maka baik letak jawatan sahaja.( yg lantikan tu baik letak jawatan terus daripada menjadi pemimpin FASIK & MUNAFIK seterusnya menjadi Duri Dalam Daging dlm kepimpinan Ahmad Zahid)

Apapun , akhir kalam, saya berharap kita lupakan sengketa ini dan bersama-sama mengukuhkan semula UMNO ini demi agama, bangsa dan negara.

Wassalam

Kredit fb https://www.facebook.com/profile.php?id=100000268067430

0 comments:

Post a Comment

 
Top