KUANTAN - Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) semalam mengesahkan 26
premis makanan membabitkan 17 hotel dan resort di daerah ini adalah
halal selepas pemeriksaan dan pemantauan jabatan berkenaan.
Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal, Noridzuan Abdul Manan berkata,
kesemua dapur dan restoran itu juga dinasihatkan menjaga kebersihan dan
bahan yang digunakan sentiasa halal.
Menurutnya, hotel yang disenaraikan Jaip ialah MS Garden, The Zenith,
De Rhu Beach Resort, Impiana Resort Cherating, Grand Continenal,
Cherating Holiday Villa, Megaview dan Shahzan Inn.
“Lima lagi dapur hotel yang disahkan halal ialah Suria Cherating Beach
Resort, Residence Inn and Motel, Santuari Resort, The Legend Resort
Cherating dan hotel terbaru di Kuantan iaitu Rocana,” katanya di sini,
semalam.
Beliau berkata, semua hotel terbabit sudah mematuhi standard, syarat
dan prosedur halal yang ditetapkan pihak berkuasa agama iaitu
menggunakan bahan-bahan halal dalam masakan.
“Kita senaraikan hotel berkenaan supaya dapat menarik lebih banyak lagi
hotel lain di negeri ini memohon untuk mendapatkan sijil halal sekali
gus memberi lebih banyak kelebihan kepada mereka,” katanya.
Katanya, selain penggunaan bahan yang tidak boleh dipertikaikan dalam
konteks halal, pengurusan dapur hotel berjaya melaksanakan amalan
kebersihan yang baik ketika proses pengendalian dan penyediaan makanan.
Noridzuan berkata, faktor lain yang membolehkan dapur hotel berkenaan
diiktiraf halal ialah proses penyimpanan bahan mentah kering dan basah
serta penstoran yang dilaksanakan.
“Selepas menerima sijil halal, Unit Pengurusan Halal akan melakukan
pemantauan berkala di dapur restoran dan kafe bagi memastikan
kemaslahatan pengguna terjamin selain pemeriksaan susulan jika ada aduan
dari pelanggan.
Sebagai pengguna Islam, beliau menggalakkan semua pihak memilih dapur hotel yang mempunyai status halal.
Beliau turut menasihatkan kumpulan yang merancang mengadakan seminar,
kursus atau bengkel latihan mengelakkan hotel yang tidak mempunyai sijil
halal kerana boleh menimbulkan keraguan.
“Jaip komited dan mahu memastikan semua dapur hotel yang menjadi
perhatian pengguna terutama pelancong mendapat sijil halal bagi
memudahkan mereka membuat pilihan ketika berkunjung di sini,” katanya.
SUMBER
Home
»
»Unlabelled
» JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG SENARAI HOTEL HALAL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment